Thursday 22 January 2015

Hijab


         Hijab is not just covering the colour of skin, 
          Hijab is an overall state of being
Hijab should be a loose fitting, it sholud not be perfumed.
           Sisters nowadays, they wear hijab, the abaya, the jilbab...and subhanallah, they wear so much perfume that you can smell them from other side of the room, if they walk pass to you, it gives you an headache. 
Ikhwani...this is completely forbidden by the prophet.
   The women that leaves the house, with thr shape of their bodies defined or their hair showing, or they are decorating one way shape or form...every neck that turns, every eye that look,
    You share in the sin of the person that commited it. 
Today they were used a weird trick.
The higher the skirt, the higher they pay.
The

Sunday 28 September 2014

Masker Timun

Penggunaan masker timun akan melembutkan kulit kita. Seperti yang kita ketahui, timun mengandungi 90% air daripada keseuruhan kandungannya. Masker timun amat baik untuk mengembalikan keaslian kulit kita. Ianya sesuia untuk semua jenis kulit dan khas untuk kulit yang terbakar di bawah panas terik matahari dan juga bagi kulit yang kering.

Jika episode lepas saya kongsikan pelbagai jenis masker yogurt, kali ini pula saya ingin berkongsi mengenai masker timun pula. Mudah dan cepat! Selamat mencuba!

Masker timun

  1. Basic cucumber mask

Bagi masker biasa anda hanya perlukan timun dan blend ia. Then just apply on yourself around 30minutes.

  1. Sweet cucumber mask

-sebiji timun

-1 sudu gula perang

-1 sudu gula putih (biasa)

Bahan ni boleh guna beberapa kali. Just kept it in your refrigerator.

Campurkan semua bahan hingga sebati (blend) then letak kat muka.

  1. Yogurt cucumber mask

-sebiji timun

-1/2 cup yogurt with active cultures (natural yogurt la. Boleh baca label)

- 1 sudu susu tepung tanpa lemak

Potongkan timun kecil2 dan blend sekali semua bahan di atas. Jangan blend terlalu lama. Lepas tu letaklah kat muka selama 10-15 minit.

  1. Aloe Vera cucumber mask

Haa yg ni baik untuk menghidrat dan jerawat, inflamed, stress out and kulit terbakar sebap matahari.

-1/2 timun

-2 sudu gel aloe vera

Macam biasa, potong timun untuk diblend bersama dengan aloe vera tu..sampai korang dapat smooth paste. Sapu kat muka dan sekitar leher.

  1. Almond butter cucumber mask

-1/4 timun

-1 sudu almond butter

Blend timun lepas tu mix kan dengan almond butter. Yg ni just letak kat muka selama 15minit.

  1. Pisang, madu, lemon & timun masker

Pisang ni berfungis bagi extra moisturizer pada kulit kita. Madu pula akan memastikan kelembapan itu kekal. Lemon pula mencerahkan kulit gelap. Gabungan bahan2 ini menjadikan kulit lebih terhidrat, terpelihara dan boleh 'revitalized'. Hehe

-1/2 pisang

-1/2 timun

-1 sudu madu

-4 sudu perahan air lemon

Panaskan madu just untuk dapatkan cecair (bukan terlalu panas) dengan meletaknya kedalam mangkuk dan panaskan dalam air yang mendidih. Means bukan kau terus letak dalam kuali bagi ia panas. Hahaa. Then letak pisang dan timun tu bersama untuk dicampurkan (blend) dan barulah campurkan semua bahan sampai dapat paste yang baik. Barulah letak kat muka selama 30minit.

  1. Putih telur, daun pudina dan timun masker

-sebiji timun

-4-5 helai daun pudina

-putih telur

Blend timun dan daun pudina dan putih telur tu. letak kat muka selama 20 minit.


 

Ni jer yang sy rajin taip untuk perkongsin kali ini..ngantuk pula. Huhu

Ok selamat mencuba. Jangan malas-malas. Nak kulit cantik tak boleh malas..yuhuu

Tapi ingat, apa yang kita makan ia mempengaruhi luaran kita. Buah tu bukan ja baik kalau kita gunakan sebagai masker tapi juga adalah lebih baik kalau kita memakannya. Banyakkan makan buah. Kalau rajin lagi, amalkan meminum infused water. Saya pun ada share juga tentang infused water ni sebab I'm the most infused water lover. I cant describes how my day in the morning without it. Terutamanya air perahan lemon suam pad waktu pagi. Ia memncuci dan membersihkan saluran darah kita memang banyak manfaatnya. Cubalah!

Sekian,

Cik Rabbit. Jumpa lagi di perkongsian akan datang.

Info kesihatan (tips mudah)

Natural painkiller (melegakan sakit dirumah)

  • Bunga cengkih untuk sakit gigi
  • Madu untuk lua di mulut
  • Halia untuk sakit otot
  • Kopi hitam untuk migrain
  • Bawang putih untuk sakit di telinga
  • Garam untuk sakit dikaki (rendam)
  • Buah anggur untuk sakit belakang
  • Kunyit untuk sakit kronik
  • Buah ceri untuk pelbagai sakit


     


     


     

    Vitamin booster drinks

  1. Cold and flu

-1 biji lobak

-1 biji epal

-sedikit halia

(blend semua bahan dan minum seperti biasa)

  1. Tenaga

-sebiji buah oren

-sedikit halia

-sepotong nenas

(blend dan minum macam biasa)

  1. Detox

-1/4 hirisan ubi bit

-sebiji lobak

-sebiji epal

-beberapa helai daun pudina

(blend dan minum)


 

Alright…selamat mencuba…

#stay fresh, maintain and upgrade your healthy!

Homemade blackhead scrub

Hai korang..assalamualaikum;

Blackhead atau whitehead… siapa xtau? Hmm tipulah kalau korang xpernah ada benda ni…musuh ketat. Haha betul x? hari tu saya ada baca satu artikel. Tau x blackhead or whitehead ni boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat? Mesti rasa xselesa. So hari ni saya nak share macamana nak merawat blackead and whitehead. Memang best juga. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

-1/2 sudu madu

-2 sudu jus lemon (air perahannya)

-2 sudu baking soda

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan sampai dapat pes yang best.
  • Cuci muka sebelum letak pes tu kat muka.
  • Ratakan pes scrub tadi dikawasan yang berkenaan. Letak kat seluruh wajah pun boleh.
  • Bilas dengan air sejuk selepas 5 minit. Biarkan muka anda kering dan letaklah pelembab seperti biasa.


     

    !!! jangan letak lama sangat kat muka..baking soda tu. ia memang berkesan untuk membunuh kuman jerawat melalui asid semulajadi dalam kandungannya. Tetapi pastikan ia tidak diletak lama dimuka anda.


     

Selamat mencuba!!

Tuesday 16 September 2014

Rawatan wajah dengan masker Yogurt



(Home Remedies Guide and tips [Masker])

Faedah dan kelebihan ‘masker’

Tahu tak masker ni membantu untuk membersihkan pori kita agar sentiasa bersih. Ia juga memberikan vitamin semulajadi kepada kulit wajah/badan kita. Bagi anda2 yang menghadapi masalah kulit kering maka amat disarankan sekali pemakaian masker. Pemakaian masker disyorkan 3 kali seminggu bergantung kepada keperluan kita. Tidak kira lelaki atau perempuan masker itu baik. Maka di sini saya nak kongsikan masker yogurt dan cara2nya. Soon, I will sharing about another type of masker, so stay tune with me! Spread the beauty and health. (^_-)

Masker yogurt recipies

Yogurt memberi kelembapan kepada kulit kita. Terutamanya yogurt Greek. Sama ada dimakan atau dibuat masker yogurt memang Terbaikkk! That’s why I love yogurt at all. Ia mengandungi probiotik yang tinggi dan protein. Asid laktik yg terdapat pada yogurt adalah pembersih semulajadi. Tetapi bagi anda yang tidak suka memakan yogurt, so bolehlah gunakan yogurt sebagai masker. Selain tu, yogurt juga bikin kulit anda glowing gitu. This is for real!

1.       masker yogurt honey

-2 sudu yogurt (yogurt original tau..bukan yang ada buah2an segala)

-11/2 sudu madu

[kalasu nak tambah:

*Lemon sebab lemon ni mengandungi asid sitrik yg mmbantu untuk mencerahkan wajah.

*blueberries-blend beberapa biji utk lebih anti-oksidan] depend korang lah.

Blend sampai dapat cream paste kemudian tempel kat wajah selama 15-20 minit. Bilas dengan air suam.

2.       Oatmeal Yogurt Mask (membersih dan meremajakan apapun jenis kulit)

-1 sudu oatmeal

-1 sudu yogurt

-1 sudu madu

Campur oat dan yogurt. Blend madu dengan oat+yogurt. Then apply to clean face and leave on for 10-15 minit. Cuci dengan air suam.

3.       Plain yogurt face mask

Hanya perlu ambil yogurt dan letak kat sekitar muka dan leher selam 15 minit dan cuci dengan air sejuk biasa.

4.       Strawberry yogurt mask

Gabungan yogurt dan Strawberi membantu menghaluskan kulit dan mencerahkan kawasan gelap.

- sebiji strawberi masak

-1 sudu serbuk almond

-2 sudu yogurt

Gaulkan strawberi dan serbuk almond. Kacau dengan yogurt  untuk mendapatkan paste yang baik. Kemudian tempelkan di muka selama 15 minit.

5.       Asam jawa dan yogurt (untuk jerawat)

Yang ni pula memang baik utk jerawat.

Hanya perlu campurkan yogurt dengan serbuk kunyit. Apply kt wajah selama 10-30 minit. Boleh juga dibawa tidur dan bilaskannya pada keesokannya.

6.       Yogurt dan lemon mask

Mencerahkan.

-1/2 cup yogurt

-5/lebih titik lemon jus (airnya). Campurkan dan letak kat muka (15 minit).

 

Saturday 13 September 2014

Rahsia sihat dan cantik dengan buah Lemon



 
Let’s spread the beauty and health with Lemon
 

 
Lemon adalah buah yang kaya dengan vitamin C dan kaya dengan sitrus. Ia meningkatkan kecantikan luaran dan dalaman dengan meremajakan kulit dari dalam dan menjadikan kulit kita ‘glowing’. Untuk pengetahuan anda semua juga, lemon mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mana ia membantu untuk mencerahkan kulit dengan aura sinarnya yang semulajadi.  Di sini saya ingin berkongsi mengenai pelbagai kegunaan buah lemon serta khasiatnya.

Air lemon menyingkirkan toksin dan bermanfaat untuk tubuh badan kita

                     
 
                 
Nak kurus cepat tanpa perlu melaburkan wang anda? Ha…this is the brief answer;

 Air suam lemon berfungsi sebagai minuman pagi yang sempurna. Ia membantu system pencernaan dan menjadikan proses pembuangan  bahan dari badan lebih mudah. Ia turut mencegah masalah sembelit dan cirit birit dengan memastikan fungsi usus yang lancar. Tips ini sangat mudah untuk diamalkan. Caranya hanya perlu ambil segelas air suam dan masukkan hirisan nipis buah lemon, biarkan sementara ia sebati dan minum.

Tahu tak, segelas jus lemon mengandungi kalori yang baik. Ia kaya dengan sumber nutrien seperti kalsium, kalium, vitamin C dan serat pektin. Kesemuanya mempunyai nilai perubatan. Selain itu ia juga mengandungi vitamin A. Lemon adalah buah yang popular untuk membantu mengekalkan sistem imun dan melindungi kita dari pelbagai jenis jangkitan kuman. Ia membantu menghalang pertumbuhan dan penggandaan bakteria patogenik yang menyebabkan jangkitan dan penyakit.  Lemon adalah buah yang bersifat anti-oksida, anti-bakteria.                   

Air lemon juga membersihkan saluran darah dan berperanan dalam penulenan darah yang sihat.  Antara kebaikan air mahupun jus lemon semulajadi ialah:

·      Membantu menyembuhkan selesema biasa

·      Kandungan kalium dalam lemon membantu menyuburkan saraf otak

·      Membantu mengimbangi tahap kalsium dan oksigen dalam hati. Ia turut memberi kelegaan kepada jantung dengan pengambilan segelas jus lemon pekat.

·      Ia turut memberi manfaat yang besar kepada kulit dan menghalang pembentukan kedutan dan pertumbuhan jerawat. Ini kerana asid yang terdapat pada buah lemon mampu membunuh bakteria2.

·      Membantu kesihatan mata

·      Menambah garam badan terutamanya selepas senaman berat

·      Sumber vitamin dan mineral

·      Mengimbangi pH

·      Menurunkan berat badan

·      Mencegah masalah pernafasan (nafas berbau, juga rawatan yang baik utk orang yang ada alahan&asma)

 

 

 



Di sini sudah jelas bahawa air lemon penuh dengan kebaikan. So, apalagi? Jom amalkan minuman air lemon setiap hari. Pada setiap waktu pagi, minumlah segelas air lemon suam. Dan selebihnya anda hanya perlu letak sehiris lemon ke dalam air minuman anda. Tidk perlu menambah gula. Mudah kan???
 
 
 

Anda dinasihatkan untuk mengambil buah-buahan yang segar bukannya membeli jus2 yang telah diproses, elakkan pengambilan air limau@lemon botol kerana ia boleh memberi alahan. Kita sedia maklum bahawa minuman2 yg ada di market sudah banyak diubah suai dengan penambahan pelbagai bahan dan perisa. Stay fresh!

 

Selamat mencuba!

Kenapa perlu berbelanja lebih untuk kosmetik sedangkan anda boleh melakukannya sendiri dengan lebih mudah di rumah….cantik dalam, cantik luar!

 

Saturday 6 September 2014

Terengganu..Destinasi cuti-cuti Malaysia kali ini!

 01 September 2014


 
Assalamualaikum Dan salam sejahtera...
Hai, haha Cuba teka Saya Kat mana? Mu ore Ganu jange' dok tau ni kat mana...Tasik Kenyir, Terengganu! Nak kongsi sikit ni pengalaman pertama Saya holiday Kat sini. Hmm perjalanan Selama 8jam suku ni actually amat meletihkan sedikit. kitorang bertolak dari Melaka jam 01:00am. singgah2 last2 sampai kat destinasi ni jam12pm...
 
 
 



Ni adalah senarai tempat penginapan yang ada. kitorang stay kat sini selama 4 hari 3 Malam. Kita ada 3 rombongan dan duduk serumah. Sebenarnya I datang dengan keluarga my sister and their members. I kena Ajak so ikut jela...hihi

                                        Yang gambar Kat bawah Ni pula masa kitorang otw ke penginapan Kat Palau Sah Besar, mengambil masa 30minit untuk sampai. Best....rindu Nak naik bot.



 

Cantik tak?
Of courselah...tapi kecewa, xdapat berenang! Hajat jumpa tasik atau sungai nak berenang sakan. Tapi orang Kat sini xsporting la... haha
dah sampai!

 pemandangan Dari atas jeti Ni yang I paling Suka. Tenang je...pastu angina bertiup indah. Hehe
Time Ni best jugak termenung ingatkan orang Tersayang,,, acehcehceh....yala day xdapat sama, Kepang jala... family, kawan2 dll..

Kat sini memang Santai, tapi satu benda Ni....LINE...hmmp..Line limited, kena cari pula tu. I sampan sanggup tidur Kat lantai just Nak kekalkan line. hahaksss...apalahhhhhh hish3....
 
 
 
 
peuw3! Sabahal khaier@Morning@selamat Pagi! 
Page yang indah Ni I bawak anak buah pergi makan angin round2...sempat selfie lagi..hihiks
Buda Qarl@Nodi Ni selfie je teruja...hahaa padahal....

 
 
then in the next day here, we are going to the water fall, tapi maaflah I lupa amik pic water fall ia... biasa je... sejuk....


 
yang Kat atas tu kakak I with her husband and their members. Nodi@Qarl teruja naik bot laju2. Budak Ni Cayalah..steady je Kat hutan belantara, siap tidur nyeyak lagi. Good boy! Nak jaga pun senang, xnangis2...kesian pula yang Ada. Haha
 
 
Ok...untuk pengetahuan anda2, Percutian Kat sini amatlah berpatutan Dan jimat. Hanya yang Bekerja Kerajaan boleh g..klu xsilap. sebap penginapan pun dah nama rumah peranginan Kerajaan. So just pay sekitar rm50/60 je untuk sebuah rumah 'banglo kampung' untuk semalam. Full set. Kawan pun ramai...nak tahu apa? Hehe....monyet2 comel......hahaa...
Aktiviti Milam?....BBQ (^_*)
 
Depend Lah what's your activity.
 
 
 
bye...dah nak balik!
Penat jugakkk.....
thank my sister+husband for invited me join your journey VS travelling.
sempat jugak singgah Kat Kuala Terengganu... lain kali datang lagi!
Spread the beauty of Terengganu....cuti-cuti Malaysia!
 

 

 


 

 

 Kembali menyibukkan diri dengan rutin harian!

Update moment.......tatapan dikemudian hari kelak...

Salam ukhwah min Ana!


"hidup ini tak selalunya indah, tapi yang indah tu akan hadir Dalam memori juga Kenangan"
Bahagia itu bila Kita menghargai!